Tuesday, 1 May 2012

Program Kembara Borneo Mahasiswa UPM


Program yang julung julung kali diadakan ini berlangsung pada 7 April sehingga 14 April 2012 bertempat di sekitar negeri Sabah. Program ini dirasmikan oleh yang berbahagia Timbalan Dekan Akademik, Dr. Nor Azowa Ibrahim yang bertempat di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains.

Program ini telah melibatkan seramai 25 orang pelajar selaku Ahli Jawatankuasa Matematik dan diiringi oleh En. Nazrul Azlan Abdul Samat. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Matematik UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,UPM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara objektif program ini adalah untuk melatih pelajar sebagai duta kecil dalam mempromosikan dan memperkenalkan UPM sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang unggul dan berdaya saing disamping dapat memberi ruang kefahaman kepada mahasiswa mengenai isu dan perspektif global berkaitan sama ada dengan bidang ilmu yang diceburi atau ilmu baharu.

Antara pengisian program ini ialah:
  1.  Lawatan ke sekitar kampus UMS.
  2. Program amal di Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu
  3. Program motivasi di sekolah-sekolah yang terpilih
  4. Lawatan rasmi ke Yayasan Sabah dan Muzium Negeri Sabah.
  5. Berkunjung ke Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Kundasang, Desa Cattle, Poring dan Pulau Manukan.
majlis perasmian 
KLIA
tiba di KKIA
 bersama pengetua kolej Indah Permai, UMS.
bersama kanak-kanak di Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu
Perpustakaan UMS
SMK Likas
SMK San Zac
SMK Inanam




Yayasan Sabah
Muzium Sabah
Pntai ODEC, UMS
Desa Cattle
Pulau Manukan

No comments:

Post a Comment