Friday, 19 October 2012

Program Gerak Ilmu sesi 2012/2013


Program Gerak Ilmu adalah satu aktiviti tahunan yang dijalankan oleh setiap jabatan di Fakulti Sains pada awal semester pertama bagi meraikan kehadiran pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

Program ini telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 1 malam pada 5-7 Oktober 2012 yang bertempat di Dewan Kuliah Sains (DK S) dan Chongkak Park and Resort, Hulu Langat Selangor yang melibatkan seramai 83 orang pelajar tahun pertama dan 34 orang Ahli Jawatan Kuasa.

Program Gerak Ilmu Jabatan Matematik ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains yang dikelolakan oleh Kelab Mahasiswa Matematik UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,UPM.

Antara objektif program Gerak Ilmu ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar senior dan pelajar junior disamping dapat melatih pelajar senior mengelola aktiviti yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai.

Tuesday, 1 May 2012

Program Kembara Borneo Mahasiswa UPM


Program yang julung julung kali diadakan ini berlangsung pada 7 April sehingga 14 April 2012 bertempat di sekitar negeri Sabah. Program ini dirasmikan oleh yang berbahagia Timbalan Dekan Akademik, Dr. Nor Azowa Ibrahim yang bertempat di Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains.

Program ini telah melibatkan seramai 25 orang pelajar selaku Ahli Jawatankuasa Matematik dan diiringi oleh En. Nazrul Azlan Abdul Samat. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Matematik UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,UPM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara objektif program ini adalah untuk melatih pelajar sebagai duta kecil dalam mempromosikan dan memperkenalkan UPM sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang unggul dan berdaya saing disamping dapat memberi ruang kefahaman kepada mahasiswa mengenai isu dan perspektif global berkaitan sama ada dengan bidang ilmu yang diceburi atau ilmu baharu.

Antara pengisian program ini ialah:
  1.  Lawatan ke sekitar kampus UMS.
  2. Program amal di Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu
  3. Program motivasi di sekolah-sekolah yang terpilih
  4. Lawatan rasmi ke Yayasan Sabah dan Muzium Negeri Sabah.
  5. Berkunjung ke Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Kundasang, Desa Cattle, Poring dan Pulau Manukan.

Friday, 9 March 2012

Sajak Motivasi I - …. KAH?

MAMPUKAH
rembulan yang tinggi kan kita gapai bersama
dan seronoknya ketika memetik bintang
bergemerlapan di langit biru
BERUPAYAKAH
gunung yang tinggi kan kita daki bersama
melihat indahnya kehijauan
sayup nun jauh di bawah sana
SANGGUPKAH
lautan yang luas kita harungi bersama
menuju pulau satu impian
dengan penuh harapan menggunung

TERJANGKAUKAH
minda kita atasi pelbagai masalah dan cobaan
yang patut kita jadikan cabaran
bukannya helah dengan seribu alasan
TERBUKAKAH
dada kita mengutip sebutir ilmu
serta mutiara pengetahuan
yang bakal menjadi sandaran azimat
kejayaan masa depan
BERANIKAH
kita lakukan sedikit perubahan
biar sedikit tapi berterusan
demi kecemerlangan yang dicitakan.

Sidek Aziz
Pejabat Dekan FS
22 Julai 2010 1845

Monday, 5 March 2012

Kem Saintis Muda Fakulti Sains



Pada 2-4 Mac yang lalu,telah diadakan Kem Saintis Muda yang bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, Selangor. Kem ini adalah hasil kerjasama Fakulti Sains bersama-sama Unit Zakat UPM,Unit Kaunseling UPM dan Kelab Al-biruni chapter Fakulti Sains.
Seramai 60 orang peserta yang menyertai kem ini yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dari pelbagai jabatan yang telah mendapat keputusan CGPA 2.75 kebawah.Jabatan Matematik telah menghantar seramai 6 orang pelajar.

Antara objektif utama diadakan kem ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar yang mendapat PNGK yang kurang memuaskan pada semester pertama supaya tidak mudah putus asa dan meneruskan perjuangan untuk terus menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kem ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains,Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib.

Thursday, 23 February 2012

MESYUARAT AGUNG FASSA KALI PERTAMA

Faculty of Science Student Association (FASSA) telah mengadakan satu mesyuarat agung yang pertama yang bertempat di Bilik Saintis Gemilang pada jam 8.30 malam. FASSA adalah sebuah persatuan mahasiswa Fakulti Sains yang menggabungkan 4 jabatan iaitu Jabatan Matematik,Fizik,Kimia dan Biologi.Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Penolong Pendaftar (Akademik,hal ehwal pelajar & alumni),Pn Norlida Zamberi,Presiden dan Ahli JawatanKuasa FASSA,wakil MPP Fakulti Sains,Presiden kelab Al-biruni dan wakil kelab Al-Biruni Fakulti Sains dan tidak lupa juga para Presiden kelab bersama AJK masing-masing.

Antara tujuan utama diadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan tentang;
1) Laporan tugas
            -Malam Inspirasi Fakulti Sains
            -Majlis Penajaan Alumni
            -Kem Saintis Muda
            -Bengkel Pengucapan Awam
2)Majlis Watikah Pelantikan
3)Baju Korporat,fail kelab dan Facebook FASSA
4)Board FASSA
5)Buletin dan majalah FASSA

Tuesday, 14 February 2012

Ahli JawatanKuasa sesi 2011/12

PENASIHAT
Dr Norazak Senu

PENGERUSI 
Mohd Ramli b.Nawia

   NAIB PENGERUSI 1                                                                      NAIB PENGERUSI 2
Massamdi b.Kammuji     
Mustaqim b.Junoh











                                                                                 

       SETIAUSAHA 1                                                                                 SETIAUSAHA 2
Maziatul Izati Ab Ghazab     
Norfarahannim Mohd Ariffin

















                              
                  
        BENDAHARI 1                                                                                    BENDAHARI 2                                                
 Nur Umairah Rahmat
Ainatul Afiqah Abu Talib   











                                           


               
EXCO AKADEMIK
Nurul Syafiqa Mohd Nor   
Siti Nurhafiza Mohd Tohid












                                                                       
EXCO REKREASI DAN ALUMNI
Nur Farhana Hassan   
Nurul Shahirah Mohd Adnan












                                                                                  
EXCO PUBLISITI DAN PENERBITAN


KETUA EDITOR
Abdul Mujid bin Hassan
Siti Norazira Shaharulnizam
Asma Izzati Asnor











                                                                                      

Nurul Ezzah Aziz        
Mila bt Amin




















                                                                           
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
Solehah Abd Razak
Amira Farhana Maarop      












                                                                                   

WAKIL TAHUN 3
Ayu Ashikin Ahamad
WAKIL TAHUN 2
Muhammad Fahmi Mohd Shukor

WAKIL TAHUN 1
Nur Auni Baharum


Logo